KUALA LUMPUR: Tiga negeri serta sebahagian besar kawasan di Selangor dan Lembah Klang, termasuk Putrajaya, terputus bekalan elektrik selama beberapa jam berikutan kerosakan pada perkakas suis di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kapar, Selangor, semalam.Gangguan yang bermula jam 12.16 tengah hari sebelum pulih secara berperingkat mulai 1.40 petang hingga 5 petang semalam, menyebabkan urusan pelbagai sektor tergendala membabitkan lebih sejuta pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan ibu negara.
Sektor perbankan, stesen minyak dan perkhidmatan paling teruk terjejas kerana kejadian itu berlaku pada waktu puncak, manakala jalan raya di ibu negara dan pusat bandar di negeri terbabit mengalami kesesakan berikutan lampu isyarat tidak berfungsi.Ini adalah kejadian kelima bekalan elektrik terputus membabitkan beberapa negeri sejak 1992 dan yang terakhir pada 1 September 2003 di Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan.Siasatan awal TNB mendapati kerosakan semalam dipercayai berlaku apabila dua ‘busbar’ atau fius yang mengawal aliran keluar masuk bekalan elektrik, termasuk satu fius sokongan, terpelantik menyebabkan stesen janakuasa berkenaan kehilangan beban sebanyak 1,700 megawatt.Bekalan elektrik bagaimanapun pulih secara berperingkat bermula di sekitar ibu kota pada 1.40 petang dan terakhir di Kluang, Johor pada jam 5 petang.
Again...!!!! habis lah TNB kali nie.....patut la aku noticed semalam masa tengah buat kerja suddenly lampu kat ofis nie macam nak separuh mati.....nasib baik ader gen-set...at least dapat ler bertahan.....pada aku ini bukan perkara pertama seumpama macam nie berlaku.....pihak TNB perlu bertanggungjawab sepenuhnya....banyak operasi syarikat dan pengangkutan tergendala....macamana nie kalau cakap nak naikkan takrif elektrik sikit punya cepat....tapi perkhidmatan still pada tahap yg mengecewakan....agaknya hasrat TNB kali ini hanya tinggal mimpi ajer la....bak kata Pak Lah dlm newspaper hari nie "Saya difahamkan ada kerosakan. Bagaimanapun saya berharap ia tidak berulang pada masa depan".....teguran yg nampak lembut.....tetapi penuh makna.......